suria

Tak sengaja tayang payudara ketika bersorak, ramai berang lihat penyokong wanita ini dikasari petugas stadium

Saksi mendakwa wanita itu berada dalam keadaan mabuk dan beraksi seolah-olah ketua pasukan sorak.

PERLAWANAN besbol antara Los Angeles Dodgers dan Chicago White Sox pada Khamis kecoh apabila payudara seorang wanita terkeluar daripada bajunya.

Dalam satu rakaman tular, wanita itu yang juga penyokong pasukan Los Angeles Dodgers dilihat sedang menari dan melompat-lompat di bahagian tempat duduk penonton.

Lebih memalukan, dia juga tidak sedar bahawa payudaranya telah terkeluar sehingga ia menjadi tontonan percuma penonton yang lain.

Malah, saksi mendakwa wanita itu berada dalam keadaan mabuk dan beraksi seolah-olah ketua pasukan sorak.

Dia turut dilihat menggoyangkan lengan mengikut rentak lagu sambil membuat sorakan untuk pasukan yang sedang berlawan.

Tindakan wanita itu yang menimbulkan kekecohan memaksa beberapa kakitangan membawanya keluar dari lokasi berkenaan.

"Jelas sekali dia mabuk. Dia sedang berangan kononnya dia pasukan sorak pasukan Dodger. Tapi payudaranya asyik terkeluar. Kemudian kakitangan minta dia beredar," ujar saksi.

Dalam pada itu, ramai individu turut meluahkan rasa tidak puas hati apabila wanita itu dikasari kakitangan sebelum dia diusir keluar.

"Dia dihalau sebab itu je? Ia bukanlah serius sangat," kata seorang individu. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain