suria

Selepas dakwaan curang, Gerard Pique elak jumpa media... takkan hadir majlis perkahwinan Jordi Alba

Pique enggan menghadiri majlis perkahwinan Alba disebabkan masalah peribadi susulan perpisahannya dengan penyanyi Shakira, minggu lalu.

GERARD Pique dikhabarkan tidak akan menghadiri majlis perkahwinan rakan sepasukannya dari Barcelona, Jordi Alba yang dijadualkan berlangsung pada 17 Jun.

Ia disebabkan masalah peribadi susulan perpisahannya dengan penyanyi Shakira, minggu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan 11 tahun terlerai akhirnya... Shakira sahkan perpisahan dengan Gerard Pique

Shakira pada 4 Jun lalu mengesahkan akan berpisah dengan Pique, selepas pemain pertahanan Barcelona itu kantoi menjalin asmara bersama wanita lain.

El Periodico mendakwa pasangan tersebut telah tinggal berasingan selama beberapa minggu sebelum mengumumkan perpisahan.

Memandangkan pasangan itu kini berpisah secara rasmi, Pique tidak akan menghadiri majlis perkahwinan Alba kerana mahu mengelak daripada menjadi tumpuan.

Menurut Culemanía, pemain pertahanan berusia 35 tahun itu tidak mahu media memberi tumpuan kepadanya dan lebih suka mengambil pendekatan untuk menjarakkan diri buat seketika.

Alba bakal melangsungkan perkahwinan dengan selebriti Instagram Sepanyol, Romarey Ventura selepas tujuh tahun bersama. - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain