MALANG menimpa pemain tenis Britain, Jack Draper apabila tangannya dicemari dengan najis burung pada Jumaat lalu. Kejadian itu berlaku sebelum dia melangkah ke gelanggang untuk perlawanan separuh akhir di Eastbourne. Lebih memalukan, dia pada waktu itu sedang ditemubual oleh seorang wartawan untuk siaran televisyen. Drapper yang sedang fokus menjawab soalan kelihatan tenang sahaja biarpun tangannya basah dengan cecair aneh. Dia juga kelihatan mendongak ke langit untuk melihat burung yang telah berak ke atas badannya. Kejadian itu dikongsi menerusi akaun Twitter Amazon Prime. - Daily Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI