LIONEL Messi sudah pasti merupakan salah seorang pemain terbaik dalam arena bola sepak antarabangsa, tetapi dia 'gagal' dalam memujuk Sadio Mane untuk meninggalkan Liverpool pada musim panas lalu. Penasihat Mane, Bacary Cisse mendakwa Messi berminat untuk bergabung dengan Mane pada 2021 ketika dia masih di Barcelona. Baru-baru ini, Cisse mendedahkan pula bahawa Paris Saint-Germain (PSG), kelab yang kini disertai Messi, turut mendekati Mane. Cisse memberitahu RMC Sport: "Ya, PSG memang 'menyasarkan' Sadio (Mane)," katanya. Bagaimanapun pemain antarabangsa Senegal itu melengkapkan perpindahan dari Liverpool ke Bayern Munich dengan yuran berjumlah £35 juta (RM188.8 juta) awal bulan ini. Mane sebelum ini mendedahkan bahawa dia mahu meninggalkan The Reds. Tetapi Cisse mengatakan bahawa ketidakpastian mengenai masa depan bekas pengarah sukan PSG iaitu Leonardo, yang dipecat pada Mei, menggagalkan perjanjian yang berpotensi untuk Mane. - Mirror Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI