suria

Baru berusia 23 tahun, pelumba F1 kacak dari China sedih jadi mangsa buli

Zhou pernah dibuli ketika awal kemunculannya dalam F1. Foto: Getty.

BINTANG sensasi China, Zhou Guanyu mengakui pernah dibuli ketika awal pembabitannya dalam dunia Formula Satu (F1).

Imbas Zhou, 23, perjalanan yang dilalui tidak semudah yang disangka kerana dia dilayan teruk kerana asal-usulnya.

“Saya dapat melakukannya dengan baik selepas setahun berlatih, tetapi kadang-kala ada orang sengaja merempuh saya, menolak saya dengan sengaja, kerana pada asasnya saya adalah satu-satunya yang berasal dari China.

"Ia sangat sukar bila dibuli. Saya memperoleh penghormatan saya secara senyap-senyap dengan melakukan yang terbaik di landasan," ujarnya.

Untk rekod, Zhou mencipta sejarah pada awal tahun ini dengan menjadi pemandu pertama dari negaranya yang bersaing dalam perlumbaan F1.

Pemenang tempat ketiga Formula 2 tahun lalu itu telah menjadi salah satu kejutan terbesar musim ini apabila dia beraksi cemerlang untuk Alfa Romeo. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain