BINTANG Serie A, Davide Frattesi mendakwa telefonnya telah 'digodam' selepas foto selfie dirinya berbogel disiarkan di akaun Instagramnya. Frattesi, 22, merupakan salah satu aset bola sepak Itali yang terhangat selepas musim kejayaan bersama Sassuolo pada penggal lalu. Pemain tengah berketinggian 6 kaki itu menjadi subjek perpindahan ke Roma kendalian Jose Mourinho sewaktu jendela perpindahan musim panas. Foto yang dimuat naik di story Instagram Frattersi. foto instagram/davidefrattesi_22 Bagaimanapun, namanya menjadi tajuk utama pada Isnin apabila imej dirinya berbogel dipaparkan di 'story' Instagram miliknya. ARTIKEL BERKAITAN: Pemain bola sepak ditelanjang ketika rakaman temubual, apa sebenarnya berlaku? Pemain muda itu segera memadamkan imej berkenaan dan cuba membetulkan keadaan dengan mendakwa telefonya telah digodam. "Saya minta maaf, tetapi seseorang menggodam telefon saya entah bagaimana dan foto ini disiarkan... maaf!" demikian kata Frattesi menjelaskan perkara itu kepada pengikutnya. Menurut football-italia.net, penjelasan bintang itu juga telah segera diturunkan. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI