BEKAS pemain tenis kerusi roda, Dylan Alcott mengejutkan peminatnya apabila dia melakukan aksi tidak senonoh di sebuah restoran. Dalam kejadian di London, United Kingdom (UK), bekas atlet itu menggunakan alat permainan seks terhadap teman wanitanya. Dia yang mendapat pengiktirafan Australian of the Year 2022 itu dilihat melakukan aksi tersebut ketika menjamu selera semasa percutian mereka ke UK, baru-baru ini. Perkara tersebut diperjelaskan dalam siri klip menerusi story Instagram teman wanitanya, Chantelle Otten. ARTIKEL BERKAITAN: BBC tidak sengaja papar imej tak senonoh unta sedang mengawan pada sepanduk Mo Salah Bagaimanapun, kelakuan pasangan itu mencetuskan perdebatan dalam talian. Rata-rata menyifatkan tindakan mereka adalah keterlaluan. Dylan dan Chantelle dikatakan bersikap terbuka mengenai kehidupan seks mereka. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI