suria

Berlanggar dengan penonton, pelumba Tour de France teruskan perlumbaan walaupun patah leher

Pelanggaran yang berlaku menyebabkan Daniel patah leher.

PELUMBA Itali Daniel Oss patah leher selepas berlanggar dengan penonton ketika sesi perlumbaan Tour de France.

Kemalangan teruk berlaku di pusingan kelima, namun dia masih berjaya menamatkan perlumbaan sebelum menerima rawatan.

Selepas kejadian itu, pasukan Oss mengesahkan dia mengalami patah tulang di lehernya dan akan berehat selama beberapa minggu.

Malah, dia juga telah menarik diri daripada kejohanan itu.

Pasukannya, TotalEnergies, menulis di Twitter: "Oleh itu Daniel Oss terpaksa meninggalkan Tour de France. Seluruh pasukan mendoakan pemulihan yang baik Daniel." - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain