suria

Bintang golf jelita terima ugutan bunuh, apa yang berlaku sebenarnya?

Paige merupakan seorang pemain golf. Foto: Instagram Paige Spinac

POPULARITI yang diraih bintang golf jelita, Paige Spinac turut membawa episod duka dalam hidupnya.

Biarpun sering menerima pujian atas kejelitaan yang dimiliki, dia juga tak terlepas dikecam menerusi media sosial.

Penat dengan sikap segelintir individu yang suka meninggalkan komen dan jenaka berbaur keji menerusi hantaran di Instagram, dia kini membuat series diberi nama 'Thirsty Thursday'.

Series tersebut dilakukan olehnya sendiri di Instagram di mana dia akan mendedahkan segala mesej-mesej lucah dan tidak baik telah diterima daripada pengikut di media sosial.

Namun, tindakannya bagaimanapun telah menyebabkan Paige menerima kecaman lebih teruk malah ancaman bunuh oleh netizen.

"Saya terima ugutan bunuh kerana mereka mengatakan bahawa saya telah merosakkan imej golf wanita.

"Selain ugutan ni, mereka turut mengganggu keluarga dengan memberitahu mereka mahu membunuh saya kerana mengancam status wanita dan kemajuannya kembali ke 100 tahun ke belakang," ujarnya.

Untuk rekod, bintang golf ini memiliki lebih 3.5 juta pengikut di Instagram.

Inisiatif Thirsty Thursday itu bagaimanapun bertujuan menggalakkan orang ramai untuk berfikir dua kali sebelum meninggalkan komen tidak baik.

Dalam pada masa sama, series tersebut juga sedikit sebanyak membantunya untuk melawan atau mengatasi masalah tekanan setelah menerima pelbagai jenis mesej kutukan. - DAILY STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain