BINTANG Manchester United, Cristiano Ronaldo dilaporkan mendapat tawaran yang sangat lumayan untuk bermain di Arab Saudi. Menurut CNN Portugal, pemain berusia 37 tahun itu telah didekati oleh sebuah kelab yang tidak dinamakan di negara teluk tersebut. Menurut laporan media itu lagi, kelab tersebut bersedia untuk memberikan kontrak dua tahun bernilai £250 juta (RM1.3 bilion) kepada pemain antarabangsa Portugal itu. Jika benar, ini sekaligus menyaksikan Ronaldo memperoleh pendapatan sekitar £2.4 juta (RM12.6 juta) setiap minggu. Bukan sahaja perjanjian itu akan menjadikannya pemain bola sepak dengan bayaran tertinggi di planet ini, ia juga akan menyaksikan dia memperoleh pendapatan berganda, lebih daripada gabungan pendapatan Kylian Mbappe, Lionel Messi dan Neymar. - Dailystar Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI