suria

Tetap pendirian! Ronaldo tolak tawaran kontrak bernilai RM1.2 bilion

Ronaldo dikhabarkan didekati sebuah kelab lagi namun tidak dinyatakan. Foto: Getty Images

PEMAIN bola sepak Manchester United Cristiano Ronaldo dilaporkan sekali lagi menolak tawaran kontrak besar bernilai £233 (1.2 bilion) walaupun mahu keluar dari Manchester United.

Sudah memasuki tahun-tahun senja dalam kariernya, pemain berusia 37, terdesak untuk memastikan dia keluar dari Old Trafford musim panas ini untuk terus mencipta rekod dalam Liga Juara-Juara.

Terdahulu, Ronaldo dilaporkan mendapat tawaran yang sangat lumayan untuk bermain di Arab Saudi.

Menurut CNN Portugal, pemain berusia 37 tahun itu telah didekati oleh sebuah kelab yang tidak dinamakan di negara tersebut.

Kelab yang tidak dinamakan itu juga sanggup membayar yuran perpindahan untuk membawanya kembali ke Old Trafford pada musim panas lalu.

Dalam pada itu, kelab tersebut bersedia untuk memberikan kontrak dua tahun bernilai £250 juta (RM1.3 bilion) kepada pemain antarabangsa Portugal itu.

Ini sekaligus menyaksikan Ronaldo memperoleh pendapatan sekitar £2.4 juta (RM12.6 juta) setiap minggu jika kenyataan itu benar.

Bukan sahaja perjanjian itu akan menjadikannya pemain bola sepak dengan bayaran tertinggi di planet ini, ia juga akan menyaksikan dia memperoleh pendapatan berganda, lebih daripada gabungan pendapatan Kylian Mbappe, Lionel Messi dan Neymar. - DAILY STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain