suria

Tak berbaju, hanya pakai seluar pendek... Peminat yakin ada maksud di sebalik posting IG Ronaldo

Peminat yakin Ronaldo akan terus bersama dengan Manchester United.

PEMINAT pasukan bola Manchester United yakin Cristiano Ronaldo telah membuat keputusan mengenai masa depannya selepas penyerang itu memuat naik gambar latihan di media sosial.

Selepas lama mendiamkan diri, peminat Ronaldo kecoh selepas dia memuat naik sekeping foto menerusi laman Instagram.

Dia tidak berbaju, sebaliknya memakai seluar United Adidas yang digunakan ketika sesi latihan musim lepas.

Perkongsian gambar memakai seluar pendek berkenaan menyebabkan peminat beranggapan dia akan bermain di Manchester pada musim depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tetap pendirian! Ronaldo tolak tawaran kontrak bernilai RM1.2 bilion

"Dia memakai seluar pendek United selepas dua minggu tidak memuat naik sebarang posting. Banyak spekulasi dia akan meninggalkan pasukan, namun ini perkara pertama dia kongsi.

"Ronaldo dalam seluar pendek United. Mesti dia kekal.

"Seluar pendek United. Ronaldo kekal," tulis beberapa peminat.

Awal bulan ini, ramai menganggap masa Ronaldo di Old Trafford sudah tamat kerana dia dilaporkan meminta untuk dilepaskan selepas kecewa dengan kekurangan pemain kelab dan cita-citanya untuk terus bermain dalam Liga Juara-Juara.

Pemain berusia 37 tahun itu juga tidak hadir dalam jelajah United di Asia Tenggara dan Australia atas 'sebab keluarga', menimbulkan keraguan yang lebih besar terhadap masa depannya.

Namun perkongsian gambarnya di Instagram dan Twitter kini memberi harapan baharu kepada peminat Red Devils. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain