BERIKUTAN perpisahan antara bintang bola sepak Barcelona, Gerard Pique dan bekas teman wanita yang tular baru-baru ini, kelihatan lelaki itu mendengar muzik penyanyi Shakira itu semasa memandu keretanya. Pemain Barcelona itu kantoi dirakam kelihatan sedih selepas sebulan perpisahan secara rasmi diputuskan oleh mereka. Pasangan selebriti itu mengumumkan perpisahan mereka pada bulan Jun, setelah beberapa laporan menunjukkan bahawa Pique mempunyai beberapa isu dengan wanita lain. Kini legenda Sepanyol itu kantoi mendengar salah satu lagu artis itu berjudul Inevitable. Untuk rekod, Shakira dan Pique menjalin hubungan sejak 2011, selepas pertemuan di set video muzik untuk single lagu 'Waka Waka' menjelang Piala Dunia 2010. Difahamkan bahawa Pique, 35, telah meninggalkan kediaman manakala Shakira, 45, dan dua anak mereka, Milan dan Sasha, masih menetap di rumah berkenaan. -Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI