LEGENDA sukan bina badan, Jerry Ward meninggal dunia secara mengejut, pada malam Khamis. Berita kematian Ward, yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 46 tahun, benar-benar menyedihkan peminat dalam arena sukan bina badan. Sehingga kini, masih belum jelas mengenai punca kematian Ward. Atlet legenda itu sempat menyiarkan video di saluran YouTube miliknya beberapa jam sebelum dia meninggal dunia. Menurut Dave Palumbo dari Rx Muscle, Ward sebelum itu ada mengadu rasa sakit pada bahagian rusuk kirinya. Palumbo berkata Ward menyangka dia berkemungkinan tercedera ketika membawa bagasi, dan keadaan menjadi lebih teruk selepas dia menggunakan kerusi urut. Seorang rakan mereka turut menyarankan Ward untuk membuat pemeriksaan tetapi dia memutuskan untuk tidur, menurut Palumbo. Berita kematian Ward disahkan oleh promotor, Gary Udit pada Jumaat (22 Julai) di laman Instagram. - Dailystar Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI