suria

Hias kereta dengan bulu cerpelai, PETA tak puas hati dengan Floyd Mayweather

PETA mengecam tindakan peninju itu yang menghias kerusi kereta mewah dengan bulu haiwan.

PENINJU legenda Floyd Mayweather dikecam organisasi kebajikan haiwan PETA selepas menghias kerusi kereta mewah dengan bulu haiwan bernilai £15,000 (RM80,163).

Kerusi kereta Rolls-Royce yang dihadiahkan kepada cucunya itu dihias dengan bulu cerpelai yang disifatkan PETA sebagai satu tindakan kejam dan tidak sensitif.

"Adakah Floyd Mayweather menyokong industri yang membunuh haiwan dengan cara kejam? Lelaki ini bukan contoh yang baik untuk sifat belas ihsan, dia merosakkan kebaikan alam dengan menjadikan kekejaman haiwan sebagai tarikan kepada kanak-kanak.

ARTIKEL BERKAITAN: Bertuahnya cucu Floyd Mayweather... Tahun lepas dapat jam tangan Rolex, terbaru datuk hadiahkan ‘car seat’ berharga lebih RM80,000!

"PETA menyeru Mayweather untuk mengambil peranan dalam mengajar kebaikan, bukan kekejaman, dengan menggantikan keganasan ini dengan bulu tiruan, seperti yang dilakukan oleh kebanyakan pereka, gedung serbaneka dan pengguna," ujar wakil PETA dalam laporan TMZ.

Untuk rekod, Mayweather sebelum ini pernah bertelagah dengan PETA selepas dengan bangganya menyatakan dia memakai kot cerpelai. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain