PEMAIN tengah AC Milan, Tiemoue Bakayoko berkata tindakan polis Itali menariknya keluar dari kereta dan mengacukan senjata selepas tersilap menyangkakan dia suspek kes tembakan, ternyata meletakkkan nyawanya dalam bahaya. Video pada 3 Julai lalu tular menunjukkan pemain tengah Perancis itu mengangkat tangan ke atas sebelum ditolak ke arah kereta peronda untuk membolehkan seorang anggota polis memeriksa badannya. Video tersebut menunjukkan seorang lagi anggota polis yang lain mengacukan pistol ke arah penumpang yang tidak kelihatan di dalam kereta ketika Bakayoko diperiksa. Susulan tersebarnya video tersebut, polis Milan berkata Bakayoko dan penumpangnya telah ditahan kerana mereka menyerupai gambaran dua orang suspek dalam kes tembakan, dan menafikan tindakan berkenaan bersifat perkauman. "Manusia melakukan kesilapan, saya tidak mempunyai masalah dengannya, sebaliknya saya mempunyai masalah dengan cara dan metodologi yang digunakan. "Akibatnya mungkin lebih serius jika saya tidak bertenang. "Anda perlu tahu bahawa saya mendapati jarak antara saya dengan pistol hanya satu meter. Mereka jelas membahayakan nyawa kami," kata Bakayoko dalam video yang disiarkan di akaun Instagramnya. - Thesundaily Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI