PENGARAH sukan Watford, Cristiano Giaretta membuat permohonan maaf selepas mencetuskan kekecohan di media sosial gara-gara satu hantarannya di Instagram. Giaretta tersilap memuat naik gambar seorang wanita berbogel di atas tangga menerusi Instagram Story pada hari Isnin. Bagaimanapun dia kemudian memadamkan hantaran tersebut dan membuat permohonan maaf kerana tersilap berkongsi gambar lucah. "Maaf, ia kesilapan saya", tulisnya. Gambar yang dimuat naik itu memaparkan seorang wanita berbogel dengan alat sulit serta payudaranya ditutupi dengan emoji rama-rama, sekaligus membuatkan peminat kelab tersebut terkejut. Sementara itu Watford berkata dalam satu kenyataan berkata: "Kelab menganggap ini sebagai perkara peribadi yang berkaitan dengan akaun peribadi dan tidak akan mengeluarkan sebarang ulasan lanjut." Giaretta dilantik sebagai pengarah sukan Watford pada 2020 dan dia adalah asas dalam membantu kelab tersebut mendapat tempat kembali dalam Liga Perdana. - Dailystar Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI