PULAU kecil Niue telah memenangi pingat Sukan Komanwel pertamanya walaupun negara itu mempunyai populasi hanya 1,600 orang. Peninju Duken Tutakitoa-Williams membenam Michael Schuster dari Kepulauan Cook pada pusingan kedua pertembungan mereka pada petang Khamis, sekaligus membolehkan dia meraih pingat gangsa. Ini bermakna negara pulau Pasifik Selatan, Niue telah merangkul pingat pertamanya merentasi mana-mana sukan sepanjang sejarahnya dalam temasya itu. ARTIKEL BERKAITAN: Kemaluan terkeluar ketika berlari, atlet 400m Itali catat tempat terakhir Menerusi Komanwel kali ini, Niue membawa 15 atlet, sepuluh lelaki dan lima wanita untuk bertanding dalam tiga acara sukan di Birmingham. Niue merupakan sebuah negara pulau di Lautan Pasifik Selatan, 2,400 kilometer timur laut New Zealand. Keluasan tanah Niue adalah kira-kira 261 kilometer persegi. - Daily Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI