suria

Kalah pertaruhan, peminat bola sepak terpaksa makan tahi kuda... Akui rasa macam gandum

Bamber terpaksa makan tahi kuda kerana kalah pertaruhan pada tahun 2017.

AKTIVITI pertaruhan untuk perlawanan sukan bukanlah satu perkara baharu.

Biasanya aktiviti ini dilakukan dengan mempertaruhkan sejumlah wang bermula nilai kecil sehingga nilai yang besar dan lumayan.

Namun, lain pula ceritanya pada tahun 2017 apabila seorang peminat pasukan bola sepak Exeter City yang terpaksa makan selonggok najis kuda akibat kalah pertaruhan.

Charlie Bamber kalah dalam pertaruhan ketika perlawanan Exeter City menentang Plymouth Argyle, menyebabkan dia terpaksa makan najis kuda dan menerima wang berjumlah £40 (RM218).

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki rogol kuda dipenjara 10 bulan... Siap bawa lobak, timun ke ladang haiwan

Bamber langsung tidak malu, sebaliknya teruja untuk bercerita mengenai rasa najis itu secara terperinci.

"Ia mempunyai tekstur seperti gandum hancur," kata Bamber dalam temu bual dengan Metro.

Bamber mengakui bahawa obsesinya untuk "melakukan perkara yang sedikit pelik" tidak didorong oleh wang.

"Sejujurnya saya mungkin melakukannya tanpa ditawarkan wang," ujarnya lagi. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain