suria

Jaguh di litar lumba, Lewis Hamilton mengaku takut pandu kereta di jalan raya

Hamilton berkata dia juga fobia terhadap labah-labah.

LEBIH 15 tahun berkecimpung dalam dunia Formula Satu (F1), pelumba sensasi Lewis Hamilton mengakui dia sebenarnya tidak suka memandu.

Menurut Hamilton, pemanduan di litar lumba dan jalan raya cukup berbeza, sekaligus membuatkan dia berdebar untuk memandu kenderaan biasa.

"Saya rasa ia memberi tekanan. Lihat, kita di atas jalan raya, apa sahaja boleh berlaku," ujar Hamilton.

Juara dunia tujuh kali itu membuat pendedahan berkenaan menerusi temubual bersama Vanity Fair, baru-baru ini.

Selain takut untuk memandu di jalan raya biasa, Hamilton mendedahkan dia juga fobia dengan labah-labah. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain