MEMAKAI sepasang selipar dengan logo Manchester United ketika menyaksikan perlawanan Liverpool adalah amat berisiko. Begitulah yang terjadi kepada seorang penyokong bola sepak yang dikesan berada di tangga 'stand' utama di Anfield. Kejadian berlaku pada Isnin malam, ketika perlawanan Liverpool menentang Crystal Palace yang menyaksikan keputusan seri. Penyokong Liverpool terkejut dengan lelaki yang memakai selipar Manchester United. foto twitter Tommycross91 Penyokong The Reds merakamkan foto lelaki berkenaan dan memuat naik di laman Twitter sehingga mencetuskan pelbagai reaksi. "Tiada kata-kata. Selama ini ramai peminat tulen terlepas tiket." "Ini memalukan! Patut dikeluarkan." "Ini menjelaskan mengapa kurangnya suasana kemeriahan Liverpool," demikian antara komen netizen. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI