ALICIA Schmidt yang diberi gelaran atlet paling seksi di dunia menitiskan air mata selepas terpilih mewakili Jerman sempena Kejohanan Eropah yang berlangsung di negara itu. Alica, 23, ternyata bangga dapat mewakili Jerman dalam acara larian 400 meter (m) selepas gagal memberikan aksi terbaik di Kejohanan Dunia di Eugene, Oregon baru-baru ini. Kali ini, dia berjaya mara ke separuh akhir acara individu selepas menduduki tempat ketiga pada Isnin. Dalam temubual terbaharu dengan Jerman Sport1, dia mengakui terdesak untuk mewakili negaranya dalam kejohanan itu. "Saya tidak sabar untuk merasai suasana di stadium kerana mengetahui rakan dan keluarga akan memberi semangat kepada saya di sana. "Dipilih untuk acara 400m individu di Kejohanan Eropah," tulisnya menerusi Instagram. Kata Schmidt, dia bekerja keras demi merealisasikan impian itu dan berharap dapat menghasilkan keputusan terbaik untuk negaranya. "Kawan-kawan, anda tidak tahu apa maknanya bagi saya. Itulah matlamat utama saya tahun ini. "Saya telah bekerja keras dan memberikan begitu banyak pengorbanan pada bulan lalu untuk berlari di Munich di hadapan penonton tuan rumah. "Untuk mencapai matlamat ini sekarang adalah perasaan terbaik dan saya sangat gembira," ujarnya. Untuk rekod, Schmidt pada tahun 2017 pernah diberi gelaran sebagai gelaran atlet paling seksi di dunia daripada majalah Australia Busted Coverage. - Daily Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI