EDDIE Jordan telah disekat dalam permintaannya untuk melawat Michael Schumacher kerana peraturan ketat mengenai lawatan semasa yang telah ditetapkan oleh keluarganya. Pengasas Grand Prix Jordan itu meminta untuk melawat ikon F1 yang memenangi tujuh gelaran Kejohanan Pemandu Dunia antara 1994 hingga 2004, yang telah menerima rawatan perubatan dan pemulihan secara persendirian sejak 2014. Ia berikutan situasi semasa Schumacher, 53, telah dirahsiakan sejak kemalangan ski pada 2013. "Sampai satu peringkat, saya bertanya adakah saya patut pergi melawatnya. "Namun jawapannya tidak. Tiada kunjungan yang dibenarkan kecuali ahli keluarga terdekat," ujarnya kecewa. Keadaan terkini Schumacher hanya diketahui melalui bekas ketua pasukan F1 Scuderia Ferrari, Jean Todt. Dia sentiasa memaklumkan peminat dan juga berkata bahawa pasangan itu telah menonton perlumbaan bersama di televisyen. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI