suria

Tidak sebulu! Paul Pogba jadi mangsa jenayah abangnya, dituduh guna sihir

Paul Pogba mendakwa abangnya berkomplot dengan penjenayah untuk mencederakannya.

SEBAGAI seorang jutawan dan pemenang Piala Dunia, Paul Pogba pasti berharap dia berjaya meninggalkan kawasan pinggir bandar Paris yang dihuni pada zaman mudanya.

Mana tidaknya, kini dia tinggal di rumah agam Cheshire bernilai £3 juta (RM15,649,928.40) dan merupakan bintang bersinar di bahagian tengah Manchester United.

Namun semasa melawat keluarganya di Lagny-sur-Marne, berhampiran Disneyland Paris, dia mendakwa bahawa sisi gelap estet bertingkat tinggi masih 'mengejarnya'.

Bercerita mengenainya, Paul berkata, dia telah ditahan oleh geng peras ugut bersenjata yang mana salah seorang perancang adalah abangnya sendiri, Mathias.

Dia juga pernah dituduh menggunakan sihir ke atas rakan sepasukan Perancis, Kylian Mbappe.

Bagaimanapun, Paul menafikan dakwaan itu tetapi Mathias yang bermain untuk beberapa kelab Britainmelabel adiknya 'seorang Muslim yang mendalami ilmu sihir'.

Bekas penyerang Wrexham, Mathias berkata, apa yang diperkatakan tentang Paul adalah benar kerana dia merupakan pengkhianat dan pengecut.

Terdahulu, dakwaan peras ugut dan sihir yang berlaku menggemparkan dunia bola sepak sehingga terdapat kebimbangan bahawa kekecohan itu boleh mengganggu pertahanan Perancis yang bakal bersaing dalam Piala Dunia di Qatar. - The Sun

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain