PENYERANG Barcelona, Pierre-Emerick Aubameyang dilaporkan telah dipukul oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang memecah masuk rumah pemain itu. Kejadian berlaku di rumah pemain itu di Castelldefels di Barcelona, Sepanyol. Menurut akhbar Sepanyol El País, insiden itu berlaku kira-kira pukul 1 pagi Isnin waktu tempatan, beberapa jam selepas Aubameyang pulang berikutan kemenangan 4-0 perlawanan La Liga Barcelona ke atas Real Valladolid. Difahamkan, beberapa lelaki memanjat masuk ke laman rumah pemain berusia 33 tahun itu, mengugutnya dan pasangannya menggunakan senjata api sebelum memukul mereka dengan palang besi. Menurut saksi, mereka melihat perompak melarikan diri dengan menaiki kereta Audi A3 putih selepas mencuri barang kemas dan barangan berharga lain dari rumah rumah Aubameyang. Pasangan itu kini dipercayai dalam keadaan selamat dan sihat. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI