suria

Aaron Chia-Wooi Yik juara dunia!

Aaron (kanan) dan Wooi Yik menjuarai Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo. foto Badminton Photo

BEREGU badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik merangkul gelaran juara dunia selepas menewaskan wakil Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dalam aksi final Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun, pada Ahad.

Mencatat sejarah pada kejohanan di Gimnasium Metropolitan Tokyo, pasukan Malaysia menang 21-19, 21-14 dalam masa 40 minit.

Pencapaian itu menamatkan penantian 45 tahun peminat badminton tanah air untuk menyaksikan wakil negara meraih gelaran juara dunia.

Ia merupakan penampilan keempat Aaron-Wooi Yik di kejohanan dunia dengan pencapaian terbaik sebelum ini adalah beraksi di pentas suku akhir pada edisi 2018 di Nanjing, China.

Aaron-Wooi Yik, yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain