CRISTIANO Ronaldo mahu membeli sebuah kelab golf dengan tujuan untuk merobohkannya, gara-gara ia merosakkan pemandangan dari rumah agamnya yang sedang dalam pembinaan. Rumah baharu bintang Manchester United bernilai £17 juta (RM89 juta) itu akan bercirikan mewah seperti garaj bawah tanah automatik dengan lif yang membolehkannya memilih salah satu kereta daripada koleksinya. Memetik laporan The Sun, pemain berusia 37 tahun itu bagaimanapun sedang mencari jalan untuk menambah baik kawasan sekitar hartanah miliknya di Quinta da Marinha. Dia didapati tidak gembira dengan kedudukan rumah impiannya yang berdekatan dengan sebuah kelab golf. Sebagai penyelesaian kepada masalah itu, Ronaldo mahu membeli kelab golf tersebut termasuk tempat letak kereta, dan merobohkan kedua-duanya. Dia kemudian akan menempatkan semula kelab gol itu ke kawasan lain dalam usaha untuk menyediakan lebih privasi untuk keluarganya. Kapten Portugal itu dilaporkan mengarahkan peguamnya untuk membuka rundingan dengan pengendali padang golf sebelum berpindah bersama keluarganya ke rumah baharu apabial ia siap dibina - Mail Online Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI