suria

Piala Dunia Qatar: Pemain, kakitangan diberi taklimat cara berkelakuan

Piala Dunia Qatar dijangka berlangsung pada November ini.

PERSATUAN Bola Sepak (FA) akan memberi taklimat kepada wakil rasmi dari Eropah yang pergi ke Piala Dunia supaya dapat mematuhi etika dan budaya masyarakat setempat ketika berada di Qatar.

Anggota skuad permainan Gareth Southgate dan kakitangan sokongan, orang kenamaan dan penyokong FA akan diberikan maklumat terkini tentang budaya Qatar untuk memastikan mereka memahami tradisi negara tersebut.

Nasihat perjalanan rasmi kerajaan UK kepada penduduk yang melancong ke Qatar adalah: "Undang-undang dan adat tempatan mencerminkan fakta bahawa Qatar adalah sebuah negara Islam".

Malah, mereka juga diminta untuk menghormati tradisi, adat, undang-undang dan agama tempatan pada setiap masa sekali gus memastikan tindakan tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Negara Islam itu dijangka 'mengehadkan' beberapa adat mereka semasa kejohanan memandangkan jumlah besar orang yang akan turun ke Qatar untuk Piala Dunia.

Namun begitu, semua pelawat masih diharapkan untuk menghormati tradisi tempatan dan FA sedang mengambil langkah untuk memastikan mereka yang melancong ke Qatar bersedia berhubung dengan piawaian tingkah laku.

FA sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa Qatar sejak beberapa bulan kebelakangan ini kerana mereka berusaha untuk memastikan semua wakil mereka mempunyai maklumat yang diperlukan tentang apa yang diharapkan.

Walaupun taklimat kepada kakitangan bola sepak telah diselesaikan namun proses berterusan akan dilakukan bagi memastikan pemain sedar sepenuhnya tentang apa yang diharapkan daripada mereka. - Daily Mail

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain