suria

Kes rogol: Saksi beri keterangan, Mendy arahkan mangsa tanggal pakaian untuk dapatkan telefon

Benjamin Mendy kini sedang dibicarakan.

BENJAMIN Mendy didakwa memaksa seorang wanita berada di atas katil dan cuba memasukkan kemaluannya ke dalam dubur mangsa, menurut keterangan di mahkamah.

Pemain pertahanan Manchester City itu kini dibicarakan di Mahkamah Chester Crown selepas didakwa atas lapan pertuduhan merogol, satu pertuduhan cubaan merogol, dan satu pertuduhan serangan seksual, membabitkan tujuh wanita.

Lelaki warga Perancis itu telah menafikan kesemua dakwaan tersebut.

Pada Isnin, mahkamah mendengar keterangan daripada rakan salah seorang individu yang membuat pendakwaan, di mana Mendy dituduh merogol wanita itu tiga kali di rumah agamnya di luar bandar Cheshire pada Oktober 2020.

Dia didakwa mengambil telefon wanita itu selepas pasangan itu berada di bilik air bersama.

Saksi memberitahu mahkamah: "Dia berkata lelaki itu sedang melihat gambar-gambarnya."

ARTIKEL BERKAITAN: Benjamin Mendy didakwa rogol wanita di kediamannya

Bagaimanapun, apabila wanita itu meminta telefonnya kembali, Mendy didakwa memberitahu bahawa mangsa hanya boleh mendapatkannya semula jika menanggalkan pakaiannya.

Saksi itu menambah rakannya memberitahu Mendy kemudian melemparkan telefonnya ke atas katil.

"Apabila dia pergi untuk mendapatkannya, dia berkata lelaki itu datang di belakangnya dan memaksanya berada di atas katil dan cuba meletakkan kemaluan ke dalam duburnya.

"Dia beritahu dia berjaya melepaskan diri. Itu sahaja yang dia katakan," menurut saksi.

Perbicaraan kes rogol terhadap Mendy bersambung. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain