suria

Sanggup habiskan wang demi ganja, ramai peminat bimbang status kesihatan Mike Tyson

Peminat runsing akan status kesihatan Tyson yang suka menghisap ganja.

LEGENDA tinju Mike Tyson dikatakan membelanjakan £34,000 (RM180,000) sebulan untuk menghisap ganja.

Ia ternyata menimbulkan kebimbangan kesihatan biarpun umum tahu Tyson membuka ladang ganja di California Selatan.

"Kita semua pasti akan mati suatu hari nanti. Kemudian, apabila saya melihat cermin, saya melihat bintik-bintik kecil di muka saya.

"Saya berkata, wah, ini bermakna tarikh tamat tempoh (kematian) saya semakin hampir, tidak lama lagi.” ujar Tyson menerusi satu podcast.

ARTIKEL BERKAITAN: Mike Tyson hilang sabar, tumbuk penumpang ‘tak faham bahasa’ dalam pesawat gara-gara jengkel selalu diganggu

Tiga minggu selepas mengeluarkan kenyataan membimbangkan itu, peminat terus runsing apabila melihat dia berkerusi roda di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami.

Sambil duduk di kerusi rodanya, Tyson bergambar dengan peminat semasa dia berada di sekitar lapangan terbang.

Khabarnya, dia terpaksa menggunakan kerusi roda kerana mengalami penyakit sciatica, masalah punggung dan kaki sejak sekian lama.

Awal bulan ini, Tyson dilihat berjalan menggunakan tongkat ketika berada di sekitar New York.

Dua tahun lalu pemain tinju yang hebat itu juga mengalami episod yang sama yang mana dia terlantar sakit selama berminggu-minggu. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain