suria

Harry Maguire jadi sasaran Chelsea

Harry Maguire dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea.

KAPTEN Manchester United Harry Maguire turut dikaitkan dengan perpindahan mengejut ke Chelsea di samping Christian Pulisic yang menuju ke Old Trafford pada musim panas ini.

Menurut laporan The Mail, Chelsea telah menyatakan minatnya untuk menandatangani bek tengah antarabangsa England itu, walaupun bergelut dengan harga sejak menukar Leicester ke United dengan harga £80 juta (RM423 juta) yang mengejutkan pada Ogos 2019.

Maguire dikatakan berisiko kehilangan tempatnya dalam pasukan di bawah kendalian Erik Ten Hag.

Justeru dia perlu berpindah ke London sejajar dengan impian untuk menyertai Piala Dunia akhir tahun ini.

Laporan itu dibuat selepas Ten Hag membayangkan kaptennya mungkin digugurkan untuk lawatan ke Liverpool selepas kekalahan menentang Brighton dan Brentford, yang menyebabkan pasukannya berada di tangga tercorot. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain