WANITA yang membuat dakwaan rogol terhadap Cristiano Ronaldo, memohon rayuan dalam keputusan hakim yang menggugurkan kes sivil terhadap bintang Manchester United itu. Kathryn Mayorga, 37, mendakwa Ronaldo, juga 37, menyerangnya di sebuah suite penthouse di Las Vegas pada 2009. Pemain bola sepak itu baagimanapun sentiasa menafikan dakwaan tersebut. Peguam Mayorga kini bersiap sedia untuk berjuang di mahkamah bersama pasukan perundangannya, di San Francisco pada minggu ini. Kes terhadap Ronaldo pada mulanya ditolak oleh Hakim Daerah AS Jennifer Dorsey pada Jun lalu, yang memutuskan bahawa peguam Mayorga telah menunjukkan 'niat buruk' dan bergantung pada dokumen sulit yang 'disembunyikan'. Mayorga pernah bersetuju dengan penyelesaian di luar mahkamah sebanyak AS$375,000 (RM1.65 juta), tetapi dia cuba menghidupkan semula kes berkenaan atas alasan dia masih trauma ketika rundingan penyelesaian itu. Dakwaan rogol itu pertama kali didedahkan kepada umum pada 2017. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI