suria

Dilabel wanita terseksi di dunia, bintang golf wanita enggan terima kenyataan

Paige merupakan seorang pemain golf. Foto: Instagram Paige Spiranac.

NAMA Paige Spiranac mungkin belum terlalu dikenal di negara kita.

Tetapi bintang golf wanita ini telah menjadi topik hangat dalam beberapa bulan terakhir, hingga akhirnya dia dinobatkan menjadi perempuan terseksi di dunia.

Peminat Paige Spiranac percaya dia telah memperoleh statusnya sebagai 'wanita terseksi' dengan penggambaran baharu pada awal tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Bintang golf jelita terima ugutan bunuh, apa yang berlaku sebenarnya?

ARTIKEL BERKAITAN: Makan sosej pun cantik, bintang golf buat peminat tak keruan... Ada yang ulang video sampai 2 jam

Paige yang mencapai pengikut Instagram sebanyak 3.6 juta, muat naik terbaharunya bagi penampilan iklan untuk teknologi golf dalaman tampak begitu menawan dengan berpakaian sukan itu.

Walaupun sangat gembira selepas diberi penghormatan oleh majalah terkenal Maxim pada awal tahun, dia kemudiannya mengakui tidak bersedia untuk segala kecaman telah diterima.

Walaupun dirinya sendiri tidak mengaku sebagai wanita tercantik setelah dilabel sedemikian, pengikutnya telah membuktikan sebaliknya.

“Paige, bukan sahaja untuk Maxim, tetapi anda wanita terseksi di dunia."

“Anda kelihatan sangat menakjubkan Paige!,” antara komen ditulis oleh pengikutnya.

Untuk rekod, sebelum ini video memaparkan Paige dipuji cantik ketika memakan sosej menjadi tular apabila dia menunjukkan beberapa teknik memakan makanan tersebut. - DAILY STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain