suria

Akibat kalah betting, rakan sepasukan dipaksa lakukan seks oral

Pemain bola sepak kelab Australia dirakam lakukan seks oral kerana kalah.

SEORANG lelaki terpaksa melakukan aksi seks terhadap rakan sepasukannya di Aussie Rules selepas dia kalah dalam pertaruhan.

Video tersebut dipercayai dirakam ketika pemain Kelab Bola Sepak Glen Waverley sedang menikmati sambutan akhir musim mereka di bar awam.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku selepas seorang rakan sepasukan kalah dalam pertaruhan dan dia terpaksa melakukan aksi seks ke atas rakan sepasukannya sambil disorak pasukan.

Selain itu, beberapa pemain dari pasukan bola sepak terlibat turut didakwa menunjukkan tingkah laku kesat kepada pelanggan.

Terdapat dakwaan lanjut yang menyatakan mereka turut harta benda bar terbabit selain mencuri minuman di belakang bar.

Ekoran itu, Kelab Bola Sepak Glen Waverley mengeluarkan kenyataan di mana mereka berkata akan mengambil 'tindakan segera' ke atas pemain yang terlibat dalam kedua-dua rakaman dan tingkah laku yang tidak bertanggungjawab itu.

"Jawatankuasa itu telah dimaklumkan tentang insiden yang berlaku semasa sambutan pasca musim beberapa kumpulan pemain senior kami," kata kenyataan itu.

"Walaupun ini berlaku di luar kelab dan bukan acara yang dibenarkan oleh kelab, kami amat sedih dan kecewa dengan tingkah laku yang ditunjukkan oleh orang yang sepatutnya lebih tahu," jelasnya. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain