suria

Bekas pemain ragbi kini terbang di awan biru, kendali pesawat penumpang terbesar dunia

Tony Underwood dari padang ragbi ke awan biru sebagai juruterbang. foto linkedin

BEKAS bintang England dan British Lions, Tony Underwood terus menikmati pengembaraan dengan mengawal 'sayap'nya.

Namun, ia bukan lagi padang ragbi tempat Underwood mengembangkan bakatnya, tetapi kerjayanya kini berlangsung di aras ratusan dan ribuan batu lebih tinggi.

Dia juga benar-benar menyukai peranannya sebagai juruterbang profesional yang menerbangkan pesawat penumpang terbesar di dunia.

Underwood, 53, memenangi 27 caps untuk negaranya, menjaringkan 13 percubaan.

Dua tahun selepas Piala Dunia Ragbi 1995, minatnya terhadap penerbangan bermula.

Underwood berunding dengan Newcastle Falcons untuk mendapatkan cuti bagi berlatih mendapatkan lesen juruterbang profesional.

Hanya beberapa minggu kemudian, pemenang Liga Perdana 1997-98 itu mengakhiri kerjaya ragbinya dan menjelang 2000 dia bekerja dengan syarikat penerbangan Easyjet.

Kerjayanya kemudian bersama Virgin Atlantic dan kemudian pada 2013 datang satu langkah yang jauh mengatasi kepentingan peralihannya dari Leicester Tigers kepada Falcons semasa zaman bermainnya.

Selepas menerima tawaran daripada Emirates, Underwood dan keluarganya berhijrah ke Dubai.

Dan a membuahkan hasil, apabila bekas pemain ragbi itu kini menjadi kapten pesawat A380 yang membuat penerbangan ke ke seluruh dunia.

Bercakap kepada Dartmoor Moorlander, dia membuat perbandingan antara menerbangkan pesawat dan hari-harinya dalam pasukan ragbi.

"Saya pasti mendapat manfaat daripada tidak pernah merasa ditakrifkan sebagai ahli sukan atau juruterbang.

"Ini bermakna saya dapat beralih daripada menjadi 'bintang' ragbi dan kini daripada menjadi kapten A380.

"Di mana sahaja saya berada adalah di mana saya mahu jadi. Saya hanya perlu meneruskannya dan cuba menjadi versi terbaik diri saya boleh melakukannya..

"Ia adalah versi diri saya yang menepati keperluan untuk berada dalam satu pasukan, berusaha menjadi yang terbaik sambil membantu orang lain menjadi yang terbaik," katanya.- Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berikut

Artikel Lain