suria

Pelumba F1 turut bertafakur di Grand Prix Itali

Pemain berdiri di hadapan garaj masing-masing untuk bertafakur memperingati hari kemangkatan mendiang Ratu Elizabeth II.

GEORGE RUSSELL yakin lagu God Save The King akan diperdengarkan pada Ahad ini.

Ia berikutan pemandu Mercedes itu berjaya menduduki tempat ketiga terpantas pada sesi pagi dan P4 pada latihan petang untuk Grand Prix Itali di Monza.

Russell, yang berada di tempat kedua hujung minggu lalu di GP Belanda, berada dalam prestasi yang mengagumkan manakala rakan sepasukannya, Lewis Hamilton, berdepan tugas berat untuk menamatkan penantian bagi kemenangan pertamanya musim ini.

Russell berkata, FP1 kelihatan kuat tetapi Ferrari dan Red Bull telah mengorak langkah ke hadapan yang membuatkan pihaknya perlu 'bekerja' lebih keras.

Hamilton berkemungkinan bermula tidak lebih tinggi daripada tempat ke-18 berikutan pelbagai penalti grid untuk pertukaran enjin yang tidak berjadual.

Terdahulu, seramai 20 pelumba berdiri di hadapan garaj masing-masing dan bertafakur bagi memperingati detik sedih dan sebagai penghormatan terakhir atas kemangkatan Ratu Elizabeth II, sebelum tepukan pendek diberikan.

Mereka turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif F1 Stefano Domenicali dan Presiden FIA Mohammed Sulayem.

Pasukan kemudian kembali ke garaj masing-masing dan mula bersaing. - The Sun

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

JDT juara Piala FA tewaskan TFC 3-1

Artikel Lain