suria

Bekas kekasih Ronaldo jalani pembedahan ‘hymenoplasty’, mahu berkahwin di gereja sebagai wanita yang masih ‘dara’

Michele Umezu pernah berpacaran bersama Ronaldo sekitar 2004.

BEKAS kekasih pemain bola sepak Brazil, Ronaldo Nazario, dilaporkan menjalani pembedahan pemulihan semula selaput dara (hymenoplasty) kerana mahu melangsungkan perkahwinan di sebuah gereja sebagai wanita yang masih 'dara'.

Ahli bina badan, Michele Umezu, 40, berkata dia menjalani pembedahan hymenoplasty pada 23 September lalu.

Michele pernah bercinta dengan penyerang legenda itu sekitar 2004.

Michele yang kini masih bujang berkata, pada waktu ini dia berharap dapat bertemu dengan seorang lelaki yang mempunyai kepercayaan dan cita-cita yang sama dengannya.

Bercakap kepada laman berita tempatan 'Em Off', Michele berkata dia hanya mahukan hubungan intim dengan seseorang selepas perkahwinan di gereja.

Bagaimanapun dia kini sedang menunggu calon suami yang sesuai. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain