suria

Terdesak mahu Mane beraksi pada Piala Dunia 2022, Senegal guna khidmat ‘bomoh’

Mane disahkan mengalami kecederaan keting.

SENEGAL akan menggunakan khidmat 'bomoh' bagi membantu memulihkan kecederaan Sadio Mane agar bintang itu dapat beraksi pada Piala Dunia 2022 di Qatar.

"Berita yang sangat menyedihkan. Kami akan menggunakan doktor sihir (bomoh).

"Saya tidak tahu (jika ia berkesan) tetapi kami tetap akan menggunakannya.

"Kami mengharapkan keajaiban. Dia mesti berada di sana," kata Fatma Samoura, Setiausaha Agung Persekutuan Bola sepak Antarabangsa (Fifa) yang berasal dari Senegal.

Piala Dunia 2022 akan membuka tirainya pada 20 November.

Mane, 30, mengalami kecederaan ketika aksi Bayern Munich membelasah Werder Bremen 6-1 pada saingan Bundesliga, Rabu lalu, menyaksikan dia dikeluarkan di awal permainan.

Mane disahkan mengalami kecederaan keting dan peluangnya untuk beraksi bersama Senegal masih belum diketahui.

Namun jurulatih Senegal, Aliou Ciss, tetap menyeranaikan Mane dalam skuad kebangsaan untuk ke Piala Dunia. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain