BEKAS Presiden Fifa, Sepp Blatter, menyifatkan pemilihan Qatar sebagai hos untuk Piala Dunia 2022 sebagai satu kesilapan. "Qatar adalah satu kesilapan," katanya kepada akhbar Switzerland, Tages Anzeiger, sambil menambah bahawa 'pilihan itu buruk'. Keputusan pemilihan Qatar telah dicemari kontroversi, termasuk dakwaan rasuah dan pencabulan hak asasi manusia, sejak ia pertama kali diumumkan diberi hak penganjuran Piala Dunia 2022. Blatter, yang memimpin Fifa selama 17 tahun, juga terlibat dengan tuduhan rasuah semasa memegang jawatan tersebut. Dia telah dibersihkan daripada penipuan oleh mahkamah Switzerland pada bulan Jun. Pendakwaraya telah merayu keputusan itu. "Ia terlalu kecil bagi sebuah negara. Bola sepak dan Piala Dunia terlalu besar untuknya," kata Blatter mengenai Qatar, negara pertama di Timur Tengah yang menjadi tuan rumah kejohanan itu. - Reuters Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI