suria

Conor McGregor berminat beli Liverpool walaupun sebenarnya suka Manchester United

Conor McGregor secara terbuka menyokong Manchester United.

CONOR McGregor memaklumkan minatnya untuk membeli Liverpool.

Perkara itu berlaku selepas pemilik kelab Fenway Sports Group (FSG) mengumumkan hendak menjual kelab gergasi Eropah berkenaan.

Pemilik dari Amerika Syarikat itu telah mengeluarkan kenyataan mengumumkan mereka sedang mencari pelabur baharu untuk mengambil alih Liverpool.

Pihak atasan yang terlibat telah menagih khidmat Goldman Sachs dan Morgan Stanley untuk membantu melancarkan urusan jual beli kelab tersebut.

Bintang tinju UFC Conor McGregor tidak membuang masa dan memberitahu dia berminat untuk membeli Anfield walaupun dia adalah penyokong musuh ketat Manchester United.

Conor McGregor berkata sedemikian selepas terdapat satu ciapan dari warga maya yang memintanya untuk membeli Liverpool.

"Saya sangat meyukai idea ini. Saya sudah meminta maklumat yang berkaitan untuk urus janji ini sebaik sahaja mendengar tentang berita tersebut.

"Liverpool adalah kelab yang hebat. Ini adalah perkara yang sangat tidak disangka," kata Conor McGregor melalui ciapan balas.

Namun, Conor McGregor telah beberapa kali dilihat menyarung jersi Manchester United dan berbincang mengenainya dalam beberapa temu bual. - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain