BINTANG bola sepak Barcelona, Gerard Pique mengumumkan persaraan mengejutnya daripada sukan tersebut. Perlawanan terakhir pemain berusia 35 tahun itu untuk kelab kesayangannya pada Ahad merupakan kemuncak kerjaya bintang tersebut. Bukan itu sahaja, ia merupakan kemuncak beberapa bulan yang 'huru-hara' selepas berpisah dengan Shakira dan bertelagah dengan orang gajinya. Pemain pertahanan Sepanyol yang telah menikmati 14 tahun gemilang bersama Barcelona, akan beraksi buat kali terakhir menentang Almeria di Nou Camp. Ia akan menutup tirai salah satu kerjaya moden yang hebat di mana Pique telah membentuk bahagian penting dalam beberapa pasukan hebat Barcelona selain memenangi Kejohanan Eropah dan Piala Dunia bersama pasukan kebangsaan. Dia kekal sebagai tokoh popular dalam kalangan ramai tetapi dicemuh penyokong semasa perlawanan persahabatan menentang Real Madrid awal tahun ini selepas berpisah dengan Shakira, dan sekali lagi pada bulan ini. Kelab yang dibebani hutang itu terdesak untuk menyingkirkan bintang-bintang yang semakin tua dengan gaji yang membebankan. Menurut naib presiden kelab, Eduard Romeu baru-baru ini mengakui bahawa mereka ‘dilumpuhkan’ oleh kontrak tersebut. Romeu berkata Barcelona mempunyai hutang bersih sebanyak €608 juta (RM2.8 billion) setakat Jun. “Apa yang merugikan kami ialah jumlah yang kami belanjakan untuk gaji pemain kami,” kata Romeu. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI