suria

Selepas menang Ballon d'Or, Karim Benzema dan kekasih dikhabarkan bakal timang cahaya mata pertama

Karim Benzema dan kekasih, Jordan Ozuna meraikan kemenangannya merangkul anugerah Ballon d'Or 2022.

PEMENANG anugerah Ballon d'Or 2022, Karim Benzema dan teman wanitanya, Jordan Ozuna dikatakan bakal menimang cahaya mata pertama mereka.

Laporan akhbar Sepanyol, ABC, menggambarkan pasangan berkenaan 'sangat teruja' dengan berita tersebut.

Dilaporkan, Jordan yang merupakan model dari Amerika Syarikat sudah mula memperlahankan kerjayanya untuk memberi tumpuan kepada kandungannya itu.

Setakat ini belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pasangan tersebut untuk mengsahkan dakwaan berkenaan, yang kini diperkatakan secara meluas di Sepanyol.

Benzema sudah mempunyai dua anak hasil hubungan bersama dua wanita berlainan, iaitu seorang anak lelaki berusia lima tahun bernama Ibrahim, dan seorang anak perempuan berusia lapan tahun bernama Melia.

Pemain antarabangsa Perancis itu diketahui kurang gemar mendedahkan kehidupan peribadinya, dan dia dijangka tidak akan mengulas mengenai laporan kehamilan teman wanitanya dalam masa terdekat. - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain