PAUL Pogba tidak akan beraksi bersama pasukan kebangsaan, Perancis pada Piala Dunia Qatar 2022 ekoran kecederaan yang dialaminya. Perkara tersebut disahkan oleh ejennya, Rafaela Pimenta. "Berikutan semakan perubatan di Torino dan Pittsburgh, amat pedih untuk memaklumkan bahawa Paul Pogba masih memerlukan masa pemulihan daripada pembedahannya. "Atas sebab ini, Paul tidak akan dapat menyertai skuad Juventus sebelum waktu rehat aksi Piala Dunia mahupun skuad kebangsaan Perancis di Qatar," ujarnya pada Isnin. Berita tersebut umpama tamparan hebat kepada pasukan Perancis untuk mempertahankan kejuaraan yang diukir pada 2018. Pemain berusia 28 tahun itu mengalami kecederaan lutut dan dijangka kembali beraksi pada September, tetapi malangnya dia masih belum pulih selepas menjalani pembedahan. - Dailystar Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI