suria

Messi bakal sertai Inter Miami?

Messi dijangka menyertai Inter Miami.

LIONEL Messi dijangka menyertai Inter Miami menerusi perpindahan secara percuma apabila kontrak Paris Saint-Germainnya berakhir pada musim panas 2023.

Menurut The Athletic, Inter Miami menjangkakan pemain berusia 35 tahun itu akan menyertai kelab tersebut dalam beberapa bulan akan datang walaupun tiada perjanjian dipersetujui, dengan perbincangan akan disambung semula selepas Piala Dunia.

Pemenang Ballon d'Or tujuh kali itu tamat kontrak di ibu negara Perancis pada penghujung musim semasa dan masih belum memuktamadkan syarat baharu bersama PSG.

Bekas kelab Barcelona juga dikaitkan dengan perpindahan untuk membawanya kembali ke Sepanyol.

Bagaimanapun, kini nampaknya Messi bakal berhijrah ke Amerika Syarikat (AS).

Francais MLS, yang dimiliki bersama bekas kapten England, David Beckham, difahamkan telah mencapai tahap lanjut dalam rundingan dengan Messi.

Berikutan itu, mereka kini menjangkakan dia akan tiba dan menandatangani kontrak untuk kelab itu dalam beberapa bulan akan datang.

Perbincangan antara Messi dan Inter Miami mengenai perpindahan berpotensi telah berlangsung selama beberapa tahun, dengan semua pihak kini semakin yakin bahawa sekarang adalah masa untuk memuktamadkan perjanjian. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain