QATAR membayar penyokong England untuk 'mengintip' ke atas rakan mereka dan membantu menjadikan Piala Dunia di negara itu kelihatan positif di mata antarabangsa. Sebagai pulangan, 'pengintip' ini akan diberikan tiket penerbangan dan tiket menonton perlawanan Piala Dunia secara percuma. Penyokong England yang bersetuju menyertai kumpulan ini akan diberikan arahan untuk menyanyikan lagu tertentu apabila dipanggil dan melaporkan sebarang hantaran media sosial yang kritikal. Kesemua 40 ahli kumpulan akan menerima 60 Euro (RM282) yang dimasukkan ke dalam kad Visa mereka dan disediakan tempat penginapan. Negara Timur Tengah itu juga meminta penyokong England yang berminat untuk menandatangani persetujuan tatakelakuan menjadi pengintip. Antara yang menyertainya adalah empat ahli pancaragam England termasuk ketuanya John Hemmingham. 40 lagi penyokong dari Wales juga telah bersetuju untuk menyertai program yang dianjurkan Qatar ini termasuk kumpulan dari 30 negara lain yang bertanding dalam Piala Dunia. Mereka yang mendaftar di bawah skim ini akan diberikan tiket untuk upacara pembukaan Piala Dunia tetapi harus tinggal di dalam negara itu sekurang-kurangnya selama dua minggu. - The Sun Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI