suria

Piala Dunia Qatar: Hormati larangan LGBTQ, penyokong England dinasihatkan jaga kelakuan termasuk tidak berpegangan tangan

qatar

PIHAK polis Britain menasihatkan penyokong pasukan bola sepak England yang pergi ke Qatar sempena Piala Dunia 2022 agar menghormati undang-undang yang ditetapkan negara berkenaan.

Kementerian Luar Negeri Britain menasihatkan kira-kira 3,000 penyokong England yang akan berangkat ke Qatar untuk tidak berpegangan tangan di tempat awam walaupun berlainan jantina.

Isteri dan teman wanita pemain England juga diberikan teguran untuk tidak mengambil minuman keras dan menjaga pergaulan di tempat awam.

Selain itu, turut ditekankan adalah supaya penyokong tidak memainkan muzik yang kuat, menyanyi, menjerit atau berkelakuan tidak senonoh ketika azan sedang berkumandang.

Seramai 15 anggota polis khas Britain akan bertindak sebagai 'pengaman' di antara penyokong England dan pihak berkuasa tempatan bagi mengelakkan berlakunya sebarang ketegangan.

Penyokong juga digesa untuk tidak membuat sebarang provokasi kepada pihak berkuasa Qatar.

Ketua Konstabel Cheshire Mark Roberts, polis bola sepak terkemuka di Britain mengatakan pihaknya akan berada di sana untuk mengawal keadaan jika diperlukan.

"Kami bukan polis yang mengawal kelakuan dan kami tidak akan menghalang orang ramai dari membuat protes.

"Itu tugas penguatkuasa tempatan. Kami cuma mahu menjaga penyokong kami," katanya. - The Sun

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain