suria

Manchester United senaraikan 2 nama sebagai pengganti Ronaldo

Manchester United menyenaraikan dua pemain sebagai pengganti Ronaldo. Foto: Getty.

MANCHESTER United dilaporkan mempertimbangkan Dusan Vlahovic dan Benjamin Sesko sebagai pengganti Cristiano Ronaldo.

Di sebalik khabar angin itu, Ronaldo turun dalam tiga perlawanan bersama United bagi meredakan spekulasi tentang kemungkinan pemergiannya pada Januari depan.

Namun khabarnya, pemain berusia 37 tahun itu tetap terbuka untuk meninggalkan kelab tersebut.

The Telegraph melaporkan bahawa Vlahovic dan Sesko adalah dua pemain yang sesuai dan sedang dalam pertimbangan untuk perpindahan pada 2023.

ARTIKEL BERKAITAN: Cristiano Ronaldo 'fokus' kelab baru Januari 2023

Sesko bukanlah sasaran baharu United, malah dia telah berada dalam radar mereka sejak sekian lama.

Penyerang Red Bull Salzburg berusia 19 tahun itu meledak dalam arena bola pada musim lalu, namun dikhabarkan sudah lama berada dalam radar United.

Menurut The Athletic, United ditawarkan peluang untuk menandatanganinya dengan hanya £2.5 juta (RM13.51) ketika dia berusia 16 tahun, tetapi menolak perpindahan itu.

Sesko memutuskan untuk menandatangani kontrak dengan kelab Salzburg RB Leipzig pada musim panas dan kini kembali dipinjamkan bersama pasukan Austria itu.

Kos untuk perpindahan Sesko dijangka menelan belanja lebih daripada £40 juta (RM216 juta) tahun depan. - Mirror.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain