PENGADIL Argentina Facundo Tello telah melayangkan 10 kad merah dalam perlawanan akhir sebuah piala domestik di sana. Dia yang juga akan menjadi pengadil di Piala Dunia Qatar membuat tindakan sedemikian dalam perlawanan yang menyaksikan Racing Club menang tipis 2-1 ke atas Boca Juniors. Tujuh daripada kad merah itu dilayangkan ketika drama yang berlaku selepas Carlos Alcaraz menjaringkan gol kemenangan untuk pasukannya pada masa tambahan. Tindakan Tello yang drastik itu telah menimbulkan kerisauan kepada pihak pengurusan Piala Dunia kerana pengadil tersebut seperti begitu senang melayangkan kad merah tanpa pertimbangan sewajarnya. Dalam drama yang berlangsung itu, Alacaraz dikatakan telah meraikan gol di hadapan penyokong Boca sehingga mengundang kemarahan penyokong dan pemain lawan. Tindakannya membuat provokasi itu menyebabkan berlaku pertelagahan dengan telinga Alcaraz telah ditarik oleh pemain Boca dan sebiji bola telah dicampak kepadanya. Selepas insiden 'mandian' kad merah itu, pasukan Boca hanya tinggal dengan empat pemain dan ia merupakan satu keajaiban bagaimana perlawanan itu mampu diteruskan sehingga ke wisel penamat. Tello merupakan seorang pengadil yang berpengalaman dan pernah mengadili perlawanan di antara Morocco dan Jordan pada Piala Arab Fifa 2021. - Mirror Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI