suria

Hisap 42 batang rokok ketika marathon, peserta umur 50 tahun tamatkan larian dengan keputusan mengagumkan

Uncle Chen hisap 42 batang rokok ketika mengikuti marathon.

KISAH pelari berusia 50 tahun ini tidak wajar menjadi ikutan, namun apa yang berlaku cukup mengejutkan ramai.

Dikenali sebagai Uncle Chen, pelari dari China itu berjaya menamatkan larian dalam acara marathon dengan cemerlang biarpun sudah mencapai usia separuh abad.

Paling mencuri tumpuan tentunya aksi Uncle Chen yang menghisap 42 batang rokok sepanjang acara marathon tersebut.

Menurut penganjur Xin'anhiang Marathon, terdapat 1500 pelari dalam acara itu.

Uncle Chen menamatkan larian di tempat ke-574 dalam tempoh tiga jam, 28 minit dan 45 saat.

Untuk rekod, Uncle Chen merupakan pelari ultra-marathon berpengalaman dan aktif menyertai acara tersebut sejak lima tahun lalu. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain