KURANG 24 jam lagi, Piala Dunia Fifa 2022 yang berlangsung di Qatar akan membuka tirainya. Sejak Qatar diumumkan sebagai tuan rumah, banyak kontroversi yang timbul menjelang acara berprestij tersebut. Paling terkini, peminat bola sepak dalam kalangan wanita yang datang dari negara luar dinasihatkan supaya berpakaian dengan elok dan tidak mengenakan persalinan yang terdedah sepanjang kempen Piala Dunia. Jika mana-mana peminat wanita gagal mematuhi peraturan tersebut, mereka akan berdepan dengan risiko untuk dijatuhi hukuman penjara. Perlu diingatkan bahawa undang-undang di Qatar melarang wanita memakai pakaian ketat dan terdedah di khalayak ramai. Perbuatan tersebut termasuk dalam kategori kesalahan yang dikenakan hukuman. Ketua pegawai teknologi untuk Piala Dunia Fifa 2022 di Qatar, Niyas Abdulrahiman menegaskan, "Kami mempunyai kamera khas dengan resolusi tinggi untuk meneliti tempar duduk dan melihat penonton dengan jelas. Ia sedang direkodkan, jadi itu akan membantu kami dalam sebarang siasatan selepas kejadian." - India.com Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI